NAJIHA AMIRUDIN, designer kepada tudung Werda Sofia merupakan pelajar terbaik keseluruhan yang menerima Anugerah Chancellor dengan selempang merah jambu UITM 2014. Berkelulusan dalam "ijazah kelas pertama dalam Komunikasi Massa" dengan pointer '4 flat'.
Tatkala rakan-rakannya menerima gaji tinggi dalam bidang penyiaran beliau datang ke rangkaian Syarikat Wakaf Enterprise kami bersama suaminya tanpa berkira langsung akan gaji yang diterima.
Gaji mereka suami isteri pula kebanyakan digunakan untuk membantu ibunya yg juga ibu tunggal. Kebanyakan gajinya dan suami juga dibelanjakan untuk kebajikan, sambil mereka sendiri hidup dalam sekadar kecukupan dalam kesederhanaan.
Yang menarik tentang jurureka Werda ini, beliau mengambil 4 orang beradik yang telah kehilangan ibu (Alfatihah) dan diabaikan bapa sebagai anak-anak angkatnya.
Najihah sekarang menantikan kehadiran anak kandung sulungnya. Suami Najihah ialah seorang pelukis muda terkenal negara "Akhmal Asyraf".
Designer merangkap pengurus Werda di hari pelancaran menggayakan salah satu koleksi tudung Werda. |
No comments:
Post a Comment