Friday, December 9, 2016
Pengenalan Werda
Werda Sofia ialah produk pertama di bawah jenama Werda. Sebuah jenama yang mematlamatkan pilihan menutup aurat dengan sempurna tapi dalam masa yang sama masih kelihatan anggun sebagai wanita muslimah yang mukminah. Saksikan video ini anda pasti menyukainya jika anda seorang wanita yang kembali fitrah.
Saturday, August 20, 2016
Apa Itu WERDA ?
WERDA Sofia ialah rekaan tudung labuh mengikut syariat tanpa kompromi dengan fashion dan dicipta dengan ketelitian seperti seorang ibu kepada anaknya.
Keluar rumah dengan mematuhi aturan Allah, menutupi dada, memenuhi syariat Islam dengan bertudung labuh yang SOLAT-READY dan pada masa yang sama masih lagi tidak kelihatan kolot di ruangan mewah.
Tudung WERDA direkacipta, dikeluarkan dan dipasarkan dengan BASMALAH, berteraskan semangat UBUDIYAH. Nilainya tidak terletak hanya pada harga, tetapi lebih kepada semangat dan jiwa luhur semua insan yang terlibat, hanya untuk melihat Islam kembali fitrah melalui pemakaian Muslimahnya.
Dengan WERDA, dari sekecil-kecil anak hinggalah wanita dewasa yang berbagai rupa bentuk badan dan usia akan dapat menikmati keselesaannya. Dari yang kurus hingga yang berisi, yang muka bulat mahupun yang bujur, bahkan wanita yang hamil juga. Itu dapat dilihat dari gambar-gambar yang diperagakan.
Mahalnya WERDA ialah pada kepuasan kami dalam memberi peluang para Muslimah merasa bukan sahaja selesa memakai tudung labuh, malah berbangga dengan kualiti fabrik dan keunikan rekacipta serta ketelitian pembuatannya.
W E R D A adalah produk BERJENAMA.Pengeluarannya juga sangat terhad kerana ianya tidak mampu dikeluarkan secara pukal oleh tukang jahit yang ‘biasa-biasa’.
- Sweet pink SFSP001
- Nude peach SFNP002
- Ocean Blue SFOB003
- Lemon Yellow SFLY004
- Ash Grey SFAG005
- Hazel Brown SFHB006
Bagi ukuran saiz dewasa,4 ukuran saiz muka
- S: 27cm
- M: 29 cm
- L: 30 cm
- XL: 31 cm
Bagi ukuran saiz labuh dewasa, 3 ukuran saiz labuh
- S: 70 cm
- M: 75 cm
- L: 85 cm
MATERIAL: Lycra Denim.
KELEBIHAN WERDA
WERDA mampu memberikan keyakinan dalam penutupan aurat yang menepati syariat itu boleh dipakai dengan mudah dan cepat.
Tudung ReadySolat. Pemakai WERDA lebih mudah dan selesa untuk terus mengerjakan solat. Tidak perlu menyorok-nyorok untuk menukar pakaian. Cukup beberapa saat untuk melepaskan pin di bahu dan teruskan solat.Usai solat pula, kita hanya perlu beberapa saat untuk pinkan semula ke bahu dan ia kembali anggun
Penggunaan kain yang tingginya kualiti fabrik di samping rumitnya proses pembuatan tudung WERDA itu sendiri.
Mudah dijaga. cukup sekadar rendam atau celup sebentar menggunakan air bercampur pelembut/softener, bilas dan kemudian boleh terus keringkannya.
Pereka fesyen Najihah dan Akmal Asyraf lulusan cemerlang dengan CGPA 4.0 dan merupakan penerima Khas Anugerah Chancellor. Bukan sahaja pandai tetapi juga ‘cerdik’ dan ‘ikhlas’.
Juru gambar dan video, serta team penyunting gambar dan video yang terlibat dalam urusan pengiklanan dan promosi kami adalah dari kalangan jurugambar profesional bertaraf antarabangsa.
Ketua tukang jahit WERDA adalah seorang Muslimah yang berkemahiran dan berpengalaman. Beliau adalah bekas ketua tukang jahit Datuk Benard Chandran yang terkenal dengan disiplin dan ketelitiannya.
Semua khidmat pengaturan dan seliaan dari pakar-pakar tersebut adalah secara wakaf diri semuanya, tidak dibuat secara kontrak perniagaan yang berbayar. juga segala kerja-kerja tangan dan perkongsian buah-buah fikiran sepanjang proses rekabentuk, pembuatan, promosi bahkan renovasi bilik pameran juga. Semua itu melibatkan seluruh jemaah murobbi, murobbiah dan anak-anak didik RPWP serta Akademi Insan Prihatin (AIP) dari kalangan asnaf dan anak yatim yang menumpahkan tenaga dan idea tanpa berkira-kira tentang ringgit dan sen untuk dirinya.
Kesemua insan-insan yang terlibat dalam pengeluaran dan pemasaran WERDA ini telah melakukannya atas dasar LILLAH BILLAH secara wakaf diri. Segala kerja lebih masa serta semangat tertinggi dalam menjaga kualiti tidak lagi mengira imbuhan pangkat mahupun harta. Yang kami inginkan hanyalah redha Allah terhadap jemaah pekerja dan para pengguna.
Packaging menarik dalam botol kaca (bertujuan mengelakkan pembaziran) boleh diguna semula*
*Balang kaca tidak disertakan,melainkan pembelian terus di showroom Werda sahaja.
UNTUK SIAPA WERDA?
Khas untuk wanita yang mahu menutup aurat dengan sempurna tanpa ketinggalan dengan gaya dan fesyen. Juga untuk bapa, suami atau bakal suami yang mahukan isteri atau anaknya menutup aurat dengan sempurna
Jika ingin meneruskan pembelian, sila sertakan :
Nama:
Emel:
Pilihan kod warna:
Pilihan saiz muka/labuh:
Cara bayaran boleh buat bayaran kepada :
MBB AC ( atas nama Nik Marsyithah Khidzir : 162441159524 )
CIMB AC ( atas nama Mohd Yusof Othman : 7056914621 )
"....Berdasarkan feedback, harga Tudung WERDA yang diistiharkan baru-baru ini adalah sangat murah setelah mereka melihat sendiri banyaknya jumlah penggunaan kain dan tingginya kualiti fabrik di samping rumitnya proses pembuatan tudung WERDA itu sendiri.
Dengan kelembapan ekonomi dunia hari ini, kami berikrar untuk memastikan produk WERDA tidak sekali-kali akan membebankan pengguna. Pada masa yang sama, pemakai boleh merasa selesa dan berbangga, sedangkan tuntutan syariah tetap terpelihara.
Selain dari segala pengorbanan yang telah kami laburkan dalam pengeluaran WERDA hasil usaha Wakaf Enterprise kami ini, segala keuntungan dari penjualannya adalah untuk tabung pembangunan RPWP dan kompleks Akademi Insan Prihatin Lenggeng yang sedang kami bangunkan. Itulah ‘nilai sebenar’ dari apa yang anda bayar untuk werda.
DOAKAN KAMI BERJAYA MENGANGKAT MARTABAT AGAMA INI MELALUI…"
- W E R D A -
Monday, August 15, 2016
Fitrah Hayneem Werda Exclusive
Fitrah Hayneem Werda Exclusive |
Assalamualaikum pembuka bicara.
Wanita dimasyhurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.
Fitrah Hayneem adalah agen exclusive Werda. Beroperasi dari Putrajaya bermula dengan dropship dan in sya Allah akan melebarkan sayap dengan servis dan penghantaran sekitar Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan juga penghantaran pos ke seluruh Malaysia.
Tudung Werda dihasilkan bagi memenuhi keperluan syariah. Ianya tidak melekat, legap dan cukup labuh untuk menutup dari tersingkap di tepi lengan. Buka pin di bahu terus boleh dilabuhkan untuk bersolat.
Sebagai pengenalan, Werda terlebih dahulu mengeluarkan rangkaian tudung labuh untuk wanita dan kanak kanak.
Werda Sofia untuk wanita dewasa dan Werda Ayuni untuk kanak-kanak. Kedua-duanya merupakan tudung 2 dalam 1 yang mana boleh diubah dengan hanya menanggalkan satu pin untun sedia bersolat.
Bagi yang berminat untuk menempah tudung labuh Werda, boleh menghubungi Fitrah Hayneem untuk sebarang pertanyaan.
Maklumat Harga
Werda Sofia : RM150.00
Werda Ayuni : RM67.00
Hubungi kami...
Email : hayneem@gmail.com
WhatsApp : 012.325.2171 (Marsyithah)
FB : https://www.facebook.com/Fitrah-Hayneem-Werda-Exclusive-625329524236887
Instagram : #FitrahHayneem
Senarai harga yang dinyatakan tidak termasuk kos penghantaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)